BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

geng penyamun aku

segalanya dalam sejarah

Lilypie Waiting to Adopt tickers

Khamis, 11 Jun 2009

4 SIFAT HATI MANUSIA

Menurut Imam Ghazali, hati mempunyai empat sifat iatu sifat buas, binatang, syaitan dan Tuhan.

Apabila hati dikuasai oleh perasaan marah ia melahirkan sifat buas seumpama binatang buas. Pada suatu itu, lahir sifat suka bermusuhan, bersengketa, menyarang dan memaki. Lihat tindakkan kaum Nabi Ibrahim selepas baliau menyampaikan risalah allah kepada mereka. Dalam surah al-anbiya ayat 68 Allah berfirman yang bermaksud,

“Mereka (kaum nabi ibrahim) berkata, ‘Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu jika kamu benar-benar hendak bertindak’.” Pada masa itu ,kaum nabi ibrahim bersikap buas tanpa dapat dikawal.


Apabila hati manusia dikusai nafsu syawat pula, lahirlah sifat binatang. Pada masa itu, terserlah kerakusan, ketamakkan, keangkuhan dan sifat mementingkan diri. Sifat-sifat ini yang menguasai Qarun sebelum ini seperti mana yang dinyatakan Allah dalam Surah Al-Qasas ayat 78 yg bermaksud,

“Qarun berkata,’Sesunguhnya aku diberikan harta kerana ilmu yang aku miliki’. Apakah dia mengetahui bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya sedangkan mereka lebih kuat dan lebih banyak menghimpun harta daripadanya.”


Manusia seumpama ini berkedudukan seperti binatang yg sesat.nafsu syawat di dalam diri mereka menutup pemikiran serta hati sehingga menjadi buta daripada kebenaran. Dalam Surah Al-A’raf ayat 179 Allah berfirman yang bermaksud,


“Sesugguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam kebenyakkannya daripada jin dan manusia.mereka mempunyai hati tetapi tidak menggunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasan allah), dan mereka mempunyai telinga tidak digunakannya untuk mendengar(ayat-ayat allah). Mereka seperti binatang ternakkan bahkan mereka lebih sesat daripada itu. Mereka adalah golongan yg lalai.”


Itu ialah sifat syaitan.
Apabila hati manusia dikusai oleh sifat-sifat ketuhanan, ia mencari kemulian, kekuasaan, kemerdekaan, keilmuan serta kehebatan. Semua ini digunakan bagi membina kecemerlangan dan keunggulan.
***
Ini sumber nya. Menarik bukan?
Nota Tambahan SCI : Betapa susah mendidik hati sedang ia menjadi pandangan Tuhan.

0 ulasan: