aku dpat emel cadangan yg mengarut
dan aku tak berminat nak post kaat cnie...
semuanya lucah banget...
so..
kalau emel yg mengarut cm tu...
aku takmo layan....
selalunye aku taip pnjang2 kan ??
hari ni nak pendekkan cket...
buku mathematic=1 setengah je lagi...
tunggu lah eh.....cket je lagi tuuuuuu
geng penyamun aku
Sabtu, 4 Julai 2009
mengarut pnya emel
taman mainan ku terbakar
korang tau tak...
taman mainan kat taman aku terbakar..
kat taman mainan tu bayk rumput kering...
pas2 bdak2 kecil iaitu Najmi,Imal n Haris...
dorang main api kat taman tu...
pas2 taman tu terbakar....
ramai org lalu...
org lalu pas2 dorang brhenti tengok....
ntah macam mana
ntah taktahu
sape tepon bomba...
aku ckp kat kawan aku
a:weyh!!bomba mai
ati babai aku jaaaa...
dia wat tak endah...
aku ckap sekali lagi
a:wooiiiii...bomba maiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
ati:hah??!!!! bomba??!!!
a:ya laaaaaaaaaaaaaaa
sebelom bomba mai tu...
aku ngan geng
amik papan,daun hijau,pasir,air dan kayu...
aku ngan geng aku penat gila nak gi padamkan api tu....
korang nak tau tak???
abis aku ngan geng itam....
sian oooo...
hasil kerja gigih aku ngan geng....
membuahkan hasil yg sedikit....
BAIK AKU SAMBUNG CRITA MASA BOMBA MAI PLAK........
aku tgah dok rakam gamba anggota bomba
yg berusha memadamkan api tuuuuuuuuu.............
pas2 salah seorang anggota bomba tu ckap....
anggota bomba:laa...awat tak amik gmbar abg?
aku:insyaAllah tahun depan...
anggota bomba:tahun depan??ok...tu pun kalau jmpa kan??
aku:ye la tu
aku ngan geng aku bersyukur gilaaaaaaaaa
api tu sikit je lagi nak kena kat tiang elektrik.
apa2 pun aku gembira gilaaaaaaaaaaaa
huh....aku dapat 3 emel cadangan...
suh macam2 plak peng-emel tu.......
Jumaat, 3 Julai 2009
didalam kelas tambahan kat skola tadi
aku dtang dgn geng aku...
aku n geng masuk kelas masing2...
waktu tu...
aku n geng bawak henpon
mat bangla yg jiran sbelah aku ni..kamil...
dia bkan bangla
aku juz ckap je dia bangla....
dia kelas 5..aku kelas 2...
dia call aku....
kwan aku ckp...
atira:henpon hang bunyi
aku:aku tau..
pas2 aku jerit mcm org kene histeria CIKGUUU!!!!!!!!!SAKIT PEROT!!!!!!!!!!!!!!!!
aku sje je mnjerit..
juz nak cover cket...
aku g tndas..
aku anta msg kat bdak kamil tu
a:gila
k:butuh ang
a:aku takdak butoh
k:po** ada tak???
a:jubok ang laaa
k:ada..awat nak tgok ke??
a:eeiii tak hingin den...
ps2 dia tak balas....
masa balik plak dah aku anta msg kat dia...
aku mengutok dia tak abis2 pnjang aku kutok dia,....
sin dia...
pas2 dia blas
k:wah!panjang maki aku...ko pnah nmpak ke ko** aku>??
a:tak ingin aku nak tengok
k:ko pnah romen ke??
a:pnah
k:ngan sape??ngan aku ke??
a:ngan bantal panjang aku laaaaa
k:aku pun prnah..
a:takpa lah..aku byak keje ni..b
k;byebye
cukop2...takkan hal pribadi pun nak tau smpai abis..bye
Khamis, 2 Julai 2009
kenape???why???
kenape aku tak update byak hari???
jawapannya aku ni malas...
ya...
aku malas....
hehe
bkannye malas...
juz sebok jeeee.....
kene buat 23 buah buku haram tu...
aku benci kalau nak kene buat matematik ni...
mcm2 jalan kira...
apsal cikgu nak aku buat sume buku tu??
kenape??
kenape???
kenape???
aku benci buat keje...
hehe....
keje skola jeeeee.....
tak pe laaa...aku kene smbung balik ni...aku kene wat balik buku tue....
lagi 5 buku jer lagi...cket jee...nanti bile dah abis...
aku akn sentiasa update...hehe...................
babai.....
Jumaat, 26 Jun 2009
Mikael(michale jackson) mati dalam islam...
Legenda Pop Dunia, Michael Jackson, 50, telah disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan UCLA, di sini, hari ini, Khamis, 25 Jun 2009, kira-kira jam 2.26 petang (Jumaat, 5.26 pagi, waktu Malaysia).
Punca kematian beliau masih belum lagi diketahui dengan jelas tetapi dipercayai berkaitan dengan masalah jantung selain berdepan dengan banyak tekanan akhir-akhir ini. Beliau ditemui sudah tidak bernafas apabila pakar perubatan berkejar ke rumahnya di sini sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.
Berita ini disahkan oleh abangnya, Jermaine Jackson, 54, kepada pihak media di pusat perubatan berkenaan. Beliau berkata, adiknya telah dikejarkan ke pusat perubatan itu pada jam 1.20 petang dan sepasukan doktor telah cuba menyelamatkan beliau selama sejam tetapi gagal. Jermaine juga memohon supaya pihak media memberikan privasi kepada keluarga mereka buat masa ini dan turut berdoa semoga Allah merahmati Michael sepanjang masa.
November tahun lalu, Michael atau cukup sinonim dengan gelaran King of Pop, telah dilaporkan memeluk Islam.
Michael ketika ini sedang membuat persiapan untuk konsert comeback terhebat di London, Julai ini. Beliau yang pernah berkahwin 2 kali termasuk dengan Lisa-Marie Presley, cukup dikenali dengan lagu seperti Thriller, Beat It, Billy Jean, Bad, Heal The World dan Black or White. Beliau meninggalkan 3 anak.
Ketika ini ratusan peminat beliau sedang berkumpul di luar pusat perubatan berkenaan untuk mendapatkan pengesahan serta maklumat lanjut tentang kematian ikon pop dunia ini. Jenazahnya telah dibawa dengan helikopter dari pusat perubatan itu untuk dibedah siasat dan kemudian dikebumikan.
Sebelum ini, pada hari yang sama, dunia hiburan dikejutkan dengan kematian bintang asal siri Charlie's Angels, Farah Fawcett, 62, akibat penyakit barah yang sekian lama dihidapinya.
Portal lrs-manusia.blogspot.com akan memaparkan berita susulan selepas ini.
Komen rakan artis tentang kematian Michael:
Madonna: "Saya tidak henti menangis selepas mendengar berita sedih ini."
Cher:" Michael adalah penari dan penyanyi yang terhebat."
Dione Warwick: "Kita telah kehilangan seorang ikon."
Arnold Schwarzenegger: "Beliau ada ikon yang sangat berpengaruh."
Donna Summer:"Michael adalah seorang yang sukakan kesempurnaan."
Brooke Shields:"Hati saya amat sedih dengan kematian Michael. Dia seorang kawan yang sangat-sangat luarbiasa."
Beyonce: "Michael Jackson tiada tandingan. Kita semua bertuah kerana pernah melihat 'keajaiban' yang ditonjolkan Michael dalam perjuangan seninya."
nama islam michale jackson:
mikael....
kita semua akan rindukan arwah mikael....
semoga dicucuri rahmat.....
allah sayang padamu kerana tlah membuka pintu hatimu untuk islam...
tapi!!!dont worry!! sbab kat MALAYSIA ni pun ade ngan MJ...
iaitu MILEY JACKSON(terase aku lak hehe)
al-fatihah utk mikael
sejarah menara condong

Terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, seolah-olah merelakan kedudukannya di tengah bandar dan menjadi mercu tanda sejarah yang sudah berusia lebih satu abad.
Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini. Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali dengan jolokan Menara Condong lantas menempah gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.
Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China.
Tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba.
Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.
Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.
Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.
Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.
Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau. Walaubagaimanapun setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras muka bumi.
Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.
Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.
Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya menggunakan genting.
Tangki air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.
Menyedari akan keunikan dan sejarah yang tersendiri bangunan tersebut, pada tahun 1997 pihak Majlis Daerah Hilir Perak telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah dataran disekeliling bangunan tersebut dan langkah-langkah pemuliharaan akan terus dijalankan bagi menjadikan ianya satu daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.
Jumaat, 12 Jun 2009
Luahan rasa pengkid
PERTAMA sekali, saya ingin menyuarakan ketidakpuasan hati saya terhadap akhbar ini yang selalu menyiarkan isu pengkid. Sudah tidak ada masalah lainkah untuk dijadikan isu semasa?Saya juga pengkid, jadi saya ingin menyuarakan komen mengenai isu pengkid ini untuk tatapan semua pembaca. Pengkid wujud kerana sikap lelaki juga.
Ada di antara pengkid dulunya wanita normal tetapi mereka mengubah cara hidup untuk menjadi seperti lelaki selepas dikecewakan berkali-kali daripada segi zahir dan batin oleh lelaki.Mereka menghambakan diri kepada lelaki tetapi akhirnya diludah oleh lelaki. Memang tak semua begitu tetapi kebanyakan dan saya percaya melebihi 60 peratus begitu. Jika seseorang ingin berubah, ia perlu datang daripada hati mereka sendiri. Tak guna mereka dipaksa. Jika seorang pengkid dipaksa berubah menjadi wanita normal dan dipaksa berkahwin tidakkah anda semua terfikir ia bakal menyiksa si lelaki yang menjadi suami mereka? Bukankah rumah tangga mereka juga akan binasa? Bolehkah ini dikatakan menyelamatkan institusi keluarga? Saya ada seorang rakan pengkid yang ingin berubah dan berkahwin tapi akhirnya rumah tangga mereka musnah kerana hati dan nalurinya bukan untuk lelaki.Bukankah itu menambah dosa kepada dirinya kerana derhaka terhadap suaminya. Setiap orang diberikan hati dan otak untuk berfikir, jadi berilah masa kepada kami untuk berfikir. Biar kami tentukan sendiri bila dan bagaimana kami nak berubah.Ada di antara pengkid berjaya menyelamatkan wanita yang kecewa dengan cinta dan rumah tangga daripada membunuh diri. Ini kerana kami lebih memahami mereka.
Hakikatnya, banyak lagi masalah lain yang membelenggu negara kita, antaranya kes buang anak, bohsia dan mat rempit, seks rambang dan pelacuran, lelaki dan wanita tinggal serumah tanpa ikatan. Bukankah semua kes ini lebih berat tapi kenapa isu pengkid yang tak banyak membawa masalah kepada negara harus dibangkitkan. Jika pengkid dihapuskan bolehkah kita menyelamatkan gadis-gadis Malaysia daripada menjadi ibu pada usia muda, membuang bayi dan menjadi pelacur?Hak masing-masing untuk berpakaian seperti apapun. Kenapa tidak ditangkap mereka yang berpakaian seksi dan menjadi ikutan hingga terjadinya gejala rogol.
Fikirlah anda semua kerana pengkid juga manusia biasa dan mereka dilahirkan bersama naluri ini. Kami tidak minta untuk jadi seperti ini tetapi naluri kami membuatkan kami terpaksa jadi begini.Sejak saya kecil saya sudah seperti ini. Naluri ini lahir secara semula jadi dan bukan kami cari sendiri. Bukan mudah untuk kami mengubah cara kami ini. Ia sama seperti memaksa lelaki sejati untuk bertukar menjadi wanita.Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat. Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.Pesanan terakhir saya kepada rakyat Malaysia, jangan menyalahkan golongan ini 100 peratus. Selamatkan dulu anak gadis anda dan adik perempuan anda yang menjadi aset pemuas nafsu lelaki, menjadi pembunuh bayi tidak berdosa dan bermacam-macam lagi.Bagaimanapun, bagi pengkid yang mengganggu rumah tangga orang lain, mereka harus diberi pengajaran. Saya bukan ingin mencabar fatwa tetapi tindakan yang diambil tidak dapat mengubah apa-apa.Saya berkata begitu kerana ada juga di kalangan kawan-kawan wanita saya yang bertudung ketika berdepan dengan masyarakat tetapi di rumah mereka ada kekasih dan hidup seperti suami isteri.Apa gunanya semua itu? Saya sarankan rakyat Malaysia jangan terlalu pening kepala dengan isu ini kerana banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan.
PENGKID DALAM DILEMA
Terlebih dulu Dang Setia mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana mengikuti ruangan ini dan menjadikannya saluran untuk saudari memberi pendapat serta maklum balas mengenai isu pengkid yang hangat diperkatakan sekarang daripada kaca mata seorang pengkid sendiri.Dang Setia amat memahami pendirian dan apa yang saudari hujahkan, biarpun Dang Setia bukan seorang pengkid. Ini kerana kerjaya dan pergaulan Dang Setia sering menemukan Dang Setia dengan pelbagai golongan yang dipandang negatif oleh masyarakat.Bukan sekadar pengkid, tapi Dang Setia juga pernah berbual dan mendengar luahan daripada mak nyah, penagih dadah, gay, penjenayah, mangsa sumbang mahram, bohsia dan juga pelacur.Jauh di sudut hati bukannya Dang Setia tidak simpati kepada saudari dan juga golongan lain yang dinyatakan di atas, namun apa yang dapat dirumuskan, kalian semua melihat serta menilai apa yang berlaku daripada pemikiran sendiri.Inilah yang silapnya. Sepatutnya, kita perlu melihat dan menilai sesuatu berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Allah. Sebagai umat Islam, ini wajib kita lakukan dan tidak boleh mempertikaikannya.Oleh itu, biarpun Dang Setia faham serta simpati dengan keluhan pengkid, penagih dadah, gay, pelacur dan sebagainya, Dang Setia tidak boleh bersetuju dengan cara hidup mereka dan mengatakan apa yang mereka buat itu betul. Bila Allah mengatakan semua perbuatan itu salah, Dang Setia wajib mengikut garis panduan itu.
Dang Setia tidak mahu mempertikaikan kenapa Allah kata gejala itu salah kerana Dang Setia yakin tindakan Allah mesti betul untuk kebaikan umat manusia keseluruhannya.Ini bermakna, biar apa keadaan atau kesusahan sekalipun seseorang Islam itu tidak boleh menjadikannya alasan untuk menghalalkan apa yang diharamkan Allah. Faktor seperti kemiskinan, desakan hidup, terpaksa dan naluri semula jadi, itu semua tidak boleh dijadikan alasan.
Saudari mengatakan pengkid bukan meminta mereka dijadikan begitu tapi mereka terpaksa kerana keadaan sekeliling dan sebagainya, hakikatnya begitu jugalah hujah yang diberikan pelacur, mak nyah, gay, penagih dadah dan lain-lain.Jika Dang Setia atau anggota masyarakat lain menerima hujah dan alasan saudari untuk menghalalkan gejala pengkid, ia bermakna kami juga perlu menghalalkan semua kegiatan tidak bermoral lain. Jika itu berlaku, bermakna kita semua melanggar dan mencabar hukum Allah.Dang Setia tidak mahu termasuk dalam golongan itu kerana sedar betapa kerdilnya diri di sisi Allah. Justeru, Dang Setia berharap saudari juga begitu dan tidak sombong untuk mengatakan: “Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat.
Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat.” Ungkapan sedemikian bermaksud saudari rela untuk menerima hukuman Allah di akhirat kelak dan ia kononnya satu pengorbanan kepada manusia lain supaya beringat-ingat kerana dunia sudah akhir zaman.Saudari, nasihat ikhlas Dang Setia, buka al-Quran dan buku agama untuk mencari maklumat mengenai keadaan di neraka serta azab Allah kepada makhluknya yang ingkar. Sesungguhnya ia amat menyakitkan dan sukar untuk diceritakan seksaannya. Jadi, jangan sekali-kali kita menganggap ini semua perkara enteng.Lebih menakutkan, Allah juga sudah menyatakan di dalam al-Quran jika dalam satu kelompok masyarakat berleluasa kegiatan yang dilarang Allah, Allah akan menurunkan bala ke atas mereka. Bala ini bukan sekadar ke atas mereka yang ingkar tetapi kepada semua manusia di kawasan itu.Maksudnya, jika gejala pengkid, gay, pelacuran dan sebagainya berleluasa di Malaysia, kita bimbang Allah akan turunkan bala. Jika bala Allah berlaku, bukan hanya kepada saudari dan ‘rakan seangkatan’ saudari tapi kami juga akan kena. Sebab itulah kami wajib untuk ‘menyibuk’ dengan apa yang saudari dan rakan-rakan lakukan. Saudari, Allah yang mencipta kita, jadi dia tahu apa yang baik dan buruk untuk kita. Mungkin saudari akan mempersoalkan jika Allah mengatakan pengkid, mak nyah dan gay itu salah mengapa Allah menciptakan manusia dengan naluri dan penampilan songsang begitu?Jawapannya, ia sebahagian ujian Allah kepada mereka termasuk saudari. Allah menguji saudari kerana ingin meningkatkan martabat saudari di sisi-Nya. Jika saudari berjaya menghadapi ujian itu dengan keimanan tinggi dan mampu juga menepis hasutan syaitan yang sentiasa menyesatkan, semakin tinggilah martabat saudari di sisi Allah.Ganjaran kepada saudari ialah syurga dan kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak. Di situlah matlamat kehidupan kita yang sebenarnya kerana segala yang berlaku di dunia ini hanyalah sementara dan cuma laluan untuk kita menuju ke sana.Manusia normal lain tidak menerima ujian Allah itu. Justeru, mereka hilang satu peluang untuk dinaikkan martabat oleh Allah dan hilang peluang untuk mendapat ganjaran di akhirat kelak.Maksudnya, dalam kehidupan di dunia mereka mungkin bahagia kerana mereka normal, tapi di akhirat belum tentu mereka mendapat ganjaran yang baik jika mereka tidak menghargai ‘kenormalan’ itu atau ‘kenormalan’ itu menyebabkan mereka tidak bersyukur, lantas tergelincir daripada landasan hidup yang digariskan Islam.Saudari, Allah mengharamkan gejala homoseksual dengan alasan kukuh. Merosakkan institusi keluarga dalam konsep lebih luas bermaksud tidak mahu umat Islam lenyap dan Islam lemah di muka bumi ini. Ini kerana, Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan, kemudian kita digalakkan berkahwin dan seterusnya melahirkan zuriat.Semua itu ibadah dan melakukannya mendapat pahala. Tujuannya, apabila kita melahirkan zuriat dan kita didik mengikut acuan Islam, makan semakin ramailah umat Islam dan semakin kuatlah Islam di muka bumi ini. Namun, bagaimana itu semua boleh tercapai jika lelaki berkahwin lelaki dan perempuan berkahwin dengan perempuan? Saudari juga mengatakan “hak masing-masing untuk berpakaian seperti apapun.” Kenyataan ini tidak benar kita diciptakan Allah dan diri kita juga milik Allah. Jadi, pakaian, makanan dan perbuatan kita wajib mengikut apa yang Allah suruh.Bukti diri kita bukan milik kita ialah kita tidak mampu mencipta diri kita sebagaimana yang kita nak dan kita juga tidak boleh mengelak bila ajal menjemput kita. Yang berkuasa melakukannya adalah Allah, jadi sahlah diri kita milik Allah.
Akhir sekali, saudari juga ada mengatakan “beri masa kepada kami untuk berfikir, biar kami tentukan sendiri bila dan bagaimana kami nak berubah.”Doa dan harapan Dang Setia, mudah-mudahan Allah memberi hidayah dan kesempatan untuk saudari berubah. Sesungguhnya, manusia itu sering lalai sedangkan maut sentiasa menghampiri
Khamis, 11 Jun 2009
HIKMAH SERANGAN ISRAEL TERHADAP GAZA
1. Menunjukkan bahwa Israel semakin kalap dan menggunakan cara apa saja untuk menghancurkan umat Islam.
2. Membuka mata dunia mengenai kejahatan kemanusiaan yang dilakukan tentara Zionis.
3. Umat Islam semakin memiliki perasaan yang sama untuk bersatu karena mempunyai simpati terhadap kondisi bangsa Palestina dan keadaan di Masjidil Aqso.
WAHAI HATI2 DAN JIWA2 YG BERSIH
Ini perkara-perkara terbaru terjadi di Palestin.
1. Situasi kini – serangan terbaru habis-habisan dari tentera Israel bermula Sabtu lepas. Serangan berterusan tanpa ada tanda-tanda nak stop.
2. Setakat yang aku tahu, 300 mati, 1300 cedera. Ape, sikit je eh? Owh kalau macam tuh kamu cuba kira angka kematian sejak serangan Israel dari tahun 1929 hingga kini. Agak-agak sikit ke banyak?
3. Israel claimed bahawa serangan terbaru ini adalah untuk tujuan keselamatan, bohong semua neh. Mereka menyerang sebab ada serangan roket oleh pejuang Palestin, padahal serangan roket tu untuk balas provokasi dan pencerobohan tentera Israel ke dalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.
4. Orang-orang yang sakit teruk, tak dapat keluar dari wilayah gaza untuk dapatkan rawatan kerana dihalang oleh Israel, dan ramai yang mati kerana itu.
5. Hospital yang ada di Gaza kehabisan gas memasak, dan gas yang sama digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Pihak rejim Zionis menghalang import ubat-ubatan dan bekalan perubatan kepada Gaza dua tahun lepas, jadi semua pihak hospital Gaza tak bersedia untuk tangani jumlah pesakit yang ramai.
6. Yang paling dekat dengan Palestin adalah Mesir. Tapi Mesir halang sebarang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Palestin melalui sempadannya. Cth macam Libya, depa akan hantar lebih banyak kapal bantuan ke Gaza walaupun ia akan bertukar menjadi ‘misi maut’ kerana berkemungkinan di bom tentera Israel.
7. Penduduk Negara-negara Arab semua sekali 300 juta orang, walhal jumlah penduduk Yahudi Israel 5 juta orang je! Kerajaan-kerajaan Arab dan Islam sekadar nak memerhati dengan tega tanpa sepicing rasa belas kasihan ke?! Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan kepada rakyat Palestin.
Wahai hati dan jiwa-jiwa yang bersih,
jika kamu kira tangisan-mu sudah cukup menyesakkan dada kosong-mu, apa kamu lupa pada ratapan penuh sengsara mereka yang di-tampar dugaan hebat? Wahai hati dan jiwa-jiwa yang tenang, jika kamu sangka saban hari kamu di-lampiaskan dengan kesusahan demi kesusahan, apa kamu tidak sedar akan ujian maha dahsyat yang ditempa oleh saudara se-islam di sana?
Wahai hati dan jiwa-jiwa yang khusyuk, jika kamu menghitung kesenangan yang kamu miliki setiap detik, apa kamu buta untuk menilai titisan-titisan darah yang merembes di bumi Palestin???!!!
Nah. Kamu yang berjiwa bersih, tenang lagi khusyuk – tangisan hati kamu belum cukup untuk membayar “tiket” untuk mereka. Perhitungan belum selesai. Berdoa-lah selagi mampu. Untuk mereka yang Allah sayang …
Nota Tambahan SCI : Hati aku tak kuat untuk menaip tentang Palestin [kerana itu, fakta tentang mereka aku ambil dari entry As]. Bimbang kalau-kalau, hati terlalu tegar memaki Israel laknattullah!
4 SIFAT HATI MANUSIA
Menurut Imam Ghazali, hati mempunyai empat sifat iatu sifat buas, binatang, syaitan dan Tuhan.
Apabila hati dikuasai oleh perasaan marah ia melahirkan sifat buas seumpama binatang buas. Pada suatu itu, lahir sifat suka bermusuhan, bersengketa, menyarang dan memaki. Lihat tindakkan kaum Nabi Ibrahim selepas baliau menyampaikan risalah allah kepada mereka. Dalam surah al-anbiya ayat 68 Allah berfirman yang bermaksud,
“Mereka (kaum nabi ibrahim) berkata, ‘Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu jika kamu benar-benar hendak bertindak’.” Pada masa itu ,kaum nabi ibrahim bersikap buas tanpa dapat dikawal.
Apabila hati manusia dikusai nafsu syawat pula, lahirlah sifat binatang. Pada masa itu, terserlah kerakusan, ketamakkan, keangkuhan dan sifat mementingkan diri. Sifat-sifat ini yang menguasai Qarun sebelum ini seperti mana yang dinyatakan Allah dalam Surah Al-Qasas ayat 78 yg bermaksud,
“Qarun berkata,’Sesunguhnya aku diberikan harta kerana ilmu yang aku miliki’. Apakah dia mengetahui bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya sedangkan mereka lebih kuat dan lebih banyak menghimpun harta daripadanya.”
Manusia seumpama ini berkedudukan seperti binatang yg sesat.nafsu syawat di dalam diri mereka menutup pemikiran serta hati sehingga menjadi buta daripada kebenaran. Dalam Surah Al-A’raf ayat 179 Allah berfirman yang bermaksud,
“Sesugguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam kebenyakkannya daripada jin dan manusia.mereka mempunyai hati tetapi tidak menggunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasan allah), dan mereka mempunyai telinga tidak digunakannya untuk mendengar(ayat-ayat allah). Mereka seperti binatang ternakkan bahkan mereka lebih sesat daripada itu. Mereka adalah golongan yg lalai.”
Itu ialah sifat syaitan.
Apabila hati manusia dikusai oleh sifat-sifat ketuhanan, ia mencari kemulian, kekuasaan, kemerdekaan, keilmuan serta kehebatan. Semua ini digunakan bagi membina kecemerlangan dan keunggulan.
***
Ini sumber nya. Menarik bukan?
Nota Tambahan SCI : Betapa susah mendidik hati sedang ia menjadi pandangan Tuhan.





