BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

geng penyamun aku

segalanya dalam sejarah

Lilypie Waiting to Adopt tickers

Jumaat, 26 Jun 2009

Mikael(michale jackson) mati dalam islam...

Legenda Pop Dunia, Michael Jackson, 50, telah disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan UCLA, di sini, hari ini, Khamis, 25 Jun 2009, kira-kira jam 2.26 petang (Jumaat, 5.26 pagi, waktu Malaysia).

Punca kematian beliau masih belum lagi diketahui dengan jelas tetapi dipercayai berkaitan dengan masalah jantung selain berdepan dengan banyak tekanan akhir-akhir ini. Beliau ditemui sudah tidak bernafas apabila pakar perubatan berkejar ke rumahnya di sini sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Berita ini disahkan oleh abangnya, Jermaine Jackson, 54, kepada pihak media di pusat perubatan berkenaan. Beliau berkata, adiknya telah dikejarkan ke pusat perubatan itu pada jam 1.20 petang dan sepasukan doktor telah cuba menyelamatkan beliau selama sejam tetapi gagal. Jermaine juga memohon supaya pihak media memberikan privasi kepada keluarga mereka buat masa ini dan turut berdoa semoga Allah merahmati Michael sepanjang masa.

November tahun lalu, Michael atau cukup sinonim dengan gelaran King of Pop, telah dilaporkan memeluk Islam.

Michael ketika ini sedang membuat persiapan untuk konsert comeback terhebat di London, Julai ini. Beliau yang pernah berkahwin 2 kali termasuk dengan Lisa-Marie Presley, cukup dikenali dengan lagu seperti Thriller, Beat It, Billy Jean, Bad, Heal The World dan Black or White. Beliau meninggalkan 3 anak.

Ketika ini ratusan peminat beliau sedang berkumpul di luar pusat perubatan berkenaan untuk mendapatkan pengesahan serta maklumat lanjut tentang kematian ikon pop dunia ini. Jenazahnya telah dibawa dengan helikopter dari pusat perubatan itu untuk dibedah siasat dan kemudian dikebumikan.

Sebelum ini, pada hari yang sama, dunia hiburan dikejutkan dengan kematian bintang asal siri Charlie's Angels, Farah Fawcett, 62, akibat penyakit barah yang sekian lama dihidapinya.

Portal lrs-manusia.blogspot.com akan memaparkan berita susulan selepas ini.


Komen rakan artis tentang kematian Michael:

Madonna: "Saya tidak henti menangis selepas mendengar berita sedih ini."

Cher:" Michael adalah penari dan penyanyi yang terhebat."

Dione Warwick: "Kita telah kehilangan seorang ikon."

Arnold Schwarzenegger: "Beliau ada ikon yang sangat berpengaruh."

Donna Summer:"Michael adalah seorang yang sukakan kesempurnaan."

Brooke Shields:"Hati saya amat sedih dengan kematian Michael. Dia seorang kawan yang sangat-sangat luarbiasa."

Beyonce: "Michael Jackson tiada tandingan. Kita semua bertuah kerana pernah melihat 'keajaiban' yang ditonjolkan Michael dalam perjuangan seninya."

nama islam michale jackson:

mikael....

kita semua akan rindukan arwah mikael....
semoga dicucuri rahmat.....
allah sayang padamu kerana tlah membuka pintu hatimu untuk islam...
tapi!!!dont worry!! sbab kat MALAYSIA ni pun ade ngan MJ...
iaitu MILEY JACKSON(terase aku lak hehe)

al-fatihah utk mikael

0 ulasan: