BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

geng penyamun aku

segalanya dalam sejarah

Lilypie Waiting to Adopt tickers

Khamis, 11 Jun 2009

WAHAI HATI2 DAN JIWA2 YG BERSIH

Ini perkara-perkara terbaru terjadi di Palestin.

1. Situasi kini – serangan terbaru habis-habisan dari tentera Israel bermula Sabtu lepas. Serangan berterusan tanpa ada tanda-tanda nak stop.

2. Setakat yang aku tahu, 300 mati, 1300 cedera. Ape, sikit je eh? Owh kalau macam tuh kamu cuba kira angka kematian sejak serangan Israel dari tahun 1929 hingga kini. Agak-agak sikit ke banyak?

3. Israel claimed bahawa serangan terbaru ini adalah untuk tujuan keselamatan, bohong semua neh. Mereka menyerang sebab ada serangan roket oleh pejuang Palestin, padahal serangan roket tu untuk balas provokasi dan pencerobohan tentera Israel ke dalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.

4. Orang-orang yang sakit teruk, tak dapat keluar dari wilayah gaza untuk dapatkan rawatan kerana dihalang oleh Israel, dan ramai yang mati kerana itu.

5. Hospital yang ada di Gaza kehabisan gas memasak, dan gas yang sama digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Pihak rejim Zionis menghalang import ubat-ubatan dan bekalan perubatan kepada Gaza dua tahun lepas, jadi semua pihak hospital Gaza tak bersedia untuk tangani jumlah pesakit yang ramai.

6. Yang paling dekat dengan Palestin adalah Mesir. Tapi Mesir halang sebarang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Palestin melalui sempadannya. Cth macam Libya, depa akan hantar lebih banyak kapal bantuan ke Gaza walaupun ia akan bertukar menjadi ‘misi maut’ kerana berkemungkinan di bom tentera Israel.

7. Penduduk Negara-negara Arab semua sekali 300 juta orang, walhal jumlah penduduk Yahudi Israel 5 juta orang je! Kerajaan-kerajaan Arab dan Islam sekadar nak memerhati dengan tega tanpa sepicing rasa belas kasihan ke?! Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan kepada rakyat Palestin.

Wahai hati dan jiwa-jiwa yang bersih,
jika kamu kira tangisan-mu sudah cukup menyesakkan dada kosong-mu, apa kamu lupa pada ratapan penuh sengsara mereka yang di-tampar dugaan hebat? Wahai hati dan jiwa-jiwa yang tenang, jika kamu sangka saban hari kamu di-lampiaskan dengan kesusahan demi kesusahan, apa kamu tidak sedar akan ujian maha dahsyat yang ditempa oleh saudara se-islam di sana?

Wahai hati dan jiwa-jiwa yang khusyuk, jika kamu menghitung kesenangan yang kamu miliki setiap detik, apa kamu buta untuk menilai titisan-titisan darah yang merembes di bumi Palestin???!!!

Nah. Kamu yang berjiwa bersih, tenang lagi khusyuk – tangisan hati kamu belum cukup untuk membayar “tiket” untuk mereka. Perhitungan belum selesai. Berdoa-lah selagi mampu. Untuk mereka yang Allah sayang …

Nota Tambahan SCI : Hati aku tak kuat untuk menaip tentang Palestin [kerana itu, fakta tentang mereka aku ambil dari entry As]. Bimbang kalau-kalau, hati terlalu tegar memaki Israel laknattullah!

0 ulasan: